檔案總覽
📌 Setakat pe 共 27 條紀錄
主帖子 @zakwan87
❤️ 159
Setakat pemerhatian aku di socmed, SSPN macam akan kehilangan ramai pendeposit atas dua sebab;

1. Pewarisan harta jika mak ayah (pendeposit) meninggal dunia
2. Peraturan baru perlepasan cukai yang tidak menarik (hanya ibu atau bapa sahaja boleh claim)

Semoga autoriti buat sesuatu supaya SSPN kekal kompetitif sebagai tempat simpanan dana pendidikan anak.
回覆 @mista_haz1980
❤️ 4
Aku dah invest RM20k dlm SSPN utk 3 anak2. Baru ku tahu akan jadi faraid bila aku meninggal nanti. @ptptnofficial tolong jawab!
回覆 @junehaven
❤️ 15
yang paling membimbangkan ialah no1. sebab kebanyakn ibu bapa gunakn duit raya ank&org bagi untuk disimpan di SSPN, termasukla potongan dari gaji ibu&ayah tdi. jdi bila pendepsosit meninggl duit tu kene faraid. mesti rasa bimbang. sbb sekarang ni ramai rakus. duit waris nak- mmg hak dia sbb hukum Allah, tapi tanggungjwb dia terhadap ank2 sedara dia xnk pikul pulak.
回覆 @syusyusyuhadah_91
❤️ 6
Duit bulanan potong utk anak sy dah banyak dah Dalam Tu.. Harap boleh hibahkn pada anak.. NI kalau faraid,Ada yg Akan claim kemudian Hari nnt
回覆 @sshafeasyafeqah
❤️ 3
Pergi kaunter buat hibah wasiat. Sy pun baru tahu, nanti nak pergi ptptn utk issue ni.
回覆 @shazliyana_shafiee
❤️ 8
InsyaAllah akan ada solusi dari syarikat amanah, Wasiyyah Shoppe Bhd dalam masa terdekat berkenaan pewarisan pada simpanan SSPN. Jemput follow profile saya untuk updates. Terima kasih
回覆 @abdulaziz_mohdazman
❤️ 1
Pelik kenapa orang kita takut sangat ngan faraid.. padahal dalam surah an-nisa dah jelas mcm mana nak bahagi etc..
回覆 @kamarulchekamal
❤️ 6
Kenapa dia tak buat macam asb? Asb boleh buka akaun atas nama anak..
回覆 @walaubagaimanapun__
❤️ 3
Asb tak leh claim tax
回覆 @kamarulchekamal
❤️ 0
Logik jugak, kalau akaun nama anak macam mana mana claim tax. Paham²
回覆 @nisaa_fakhrul
❤️ 3
Sorry to say tp reason no.1 tu je dah buat kami tak jadi nak buka account sspn ni
回覆 @cikgu_diet
❤️ 2
Dulu duit2 raya saya semua abah letak kat sspn. Bila sambung belajar saya direzekikan dapat biasiswa.

Dah gitu, abah saya nak tutup akaun sspn saya, tak boleh tutup ye. Nak keluarkan pun tak tahu kenapa tak boleh. Sampai sekarang saya tak tahu apa jadi dgn duit2 raya saya...
回覆 @syuibr90
❤️ 1
Sy dh tutup acc sspn anak3. Sy masukkan dlm asb sy jer semua, mmg parking kt situ duit raya anak3. Kalau sy mati pun dpt kat anak3 jgk 😅. Anak3 hnya ada tabung haji yg sy masukkan sikit2 tiap bulan potongan dari gaji bapak depa. Ada jgk sy tukar kpd emas kecik2 sekadar 2g,3g sbgai simpanan.
回覆 @lostsignal_2322
❤️ 2
memang sistem mengarut @ptptnofficial
回覆 @pearl_peah
❤️ 0
Peraturan kedua tu maksud nya apa? Penjaga yg sah selain ibubapa kandung tak boleh claim?
回覆 @abgreyrahman929
❤️ 0
Kalau gitu, ada option lain..Simpan kat Koperasi.. tax free, boleh letak penama dan pemegang amanah.. 8.5% ke 12% setahun pulangan..

Penama walaupun kena faraid, at least dia dah pegang duit tsb.. Dan mudah bahagikan.. taklah tergantung tak boleh usik..

Boleh mesej saya untuk tahu lebih lanjut.. kena jadi ahli dulu baru boleh simpan di koperasi ini..
回覆 @abgreyrahman929
❤️ 0
Dan juga boleh dokumentasi bawah Hibah jika nak make sure terus ke anak2..
回覆 @akmal_hnl
❤️ 0
Akan ada hibah sspn dalam masa terdekat ni
回覆 @farinamiraa
❤️ 0
Yaa saya pun otw nak terminate 🙂🤝🏻
回覆 @aliyadiyana_
❤️ 0
Ming dio suruh tutup dkt kaunter. Aku tngk paling dkt ngn kito dkt giant kinrara
回覆 @farinamiraa
❤️ 0
Oo hoo situ aku rajin g kecik jah tp tadok ore pun
回覆 @aliyadiyana_
❤️ 0
Pahtu nk berurusan dgn sapo? Haha
回覆 @farinamiraa
❤️ 0
Maksud aku tadok ore mano g situ hahahahaha
回覆 @fadz_salesadvisor
❤️ 0
Sy dh withdraw habis tinggal rm20 dlm tu
回覆 @cik_akied
❤️ 0
Betul..saya dah kurangkan simpanan ke sspn dan dah keluarkan sebahagian masuk ke akaun yg lain..husband saya pun sama, dah stop buat saving sbb dia dah tak dpt pelepasan cukai dah & dah keluarkan sebahagian besar masuk ke akaun anak2 yg lain
回覆 @wanisakri
❤️ 0
Kami simpan sorg 500 je dlm tu, lain² simpan TH & beli gold bar je
回覆 @jarqie_eifak2010
❤️ 0
Btul.da lama xmasuk duit anak ke sspn sbb kalu parents meninggal duit tu jd hrta yg perlu difaraidkan.. sbb tu duit anak, bkn potong dr duit gaji.jadi x adil untuk anak2 plk. So da stop simpan yg baru, yg da ada tu biarlah ddk situ.