📌 Terkesan d
共 28 條紀錄
Terkesan dengan perkongsian di Zayan otw pergi kerja harini. Ustaz tu kata tentang di akhirat nanti kita dah tak rasa apa apa tengok orang yang kita sayang.. mak, ayah, suami, anak dan sesiapa sahaja diseksa dalam api neraka 😭
Sebab waktu tu dah tak ada rasa belas kasihan. Yang ada hanyalah perasaan pentingkan diri sendiri sahaja. Nak selamat nak masuk syurga.
Sekarang ni family lah orang paling kita sayang. Kalau anak sakit sikit baru kena gigit nyamuk pun dah tak sampai hati. Ni scene dibakar api neraka 😭😭
Sebab tu sebenarnya nak selamatkan orang yang kita sayang. Sekarang lah masanya. Selagi Allah pinjamkan masa dan izinkan dengan adanya nyawa. ahai orang-orang yang beriman!
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6)
Moga Allah berikan kita kekuatan untuk terus menyeru ke arah keimanan dan ketaatan pada Allah di dunia ni. Biarlah sayang sampai syurga ❤️
Semua bermula dari rumah.. dari sebuah institusi keluarga
Time tu kita d beri pilihan..nk slmtkan ahli keluarga atau dr sdri..smua akn pilih dr sdri dlu..manusia akn jd selfish.. MasyaAllah smg kita n slruh kluarga dtmptkan d syurga..aamiin
Subhanallah..baru lepas dengar tadabbur al-Quran tentang keadaan ahli neraka,makanan,minuman dan pakaian ahli neraka..ahli neraka bila kena azab,dorang takkan mati dan takkan hidup..nauzubilahiminzalik..Allahumma ajirna minnannar (Ya Allah,selamatkanlah kami daripada api neraka - HR Abu Daud)
betul tu. kalau boleh kat sana kita taknak ada terserempak dgn org yg paling kita syg pon sebabnya kita taknak dorang tuntut hak kat kita. kita jadi sellfish nak selamatkan diri je
betul. emak yg sayangkan anak2 pun x pandang dah anak2. semua org hanya fikirkan diri sendiri
Ada baca satu hadis, katanya manusia masa tu kalau boleh nak cagar seluruh umat tu masuk neraka, dia sorang masuk syurga pun dia sanggup.
Belum akhirat pon dah kena macam2 fitnah wlpon bukan salah dari kita.. semoga diri ni terus kuat hadapi. Semoga pahala2 dorg semua gi kat saya🫢.
Sempat dengar juga tadi, rasa nak nangis.. dengar pun dah risau dan takut. Semoga Allah pelihara kita dan ahli keluarga di padang mahsyar nanti.
Sbb tu tak boleh main2 dgn hak sesama manusia..
sesungguhnya...nanti pahala kita buat akan direbut..janji lepas..Allahu Allah moga Allah ampun semua kita ...
Dengar jugak tadi.. dan tersentap🥺 Tq share
ye kan. masing² akan salahkan masing². tambah² yang perempuan akan tarik wali²nya. yang tak tegur dia kat dunia.
Sebab tu pentingnya jaga "hablu minannas" sekarang mungkin kita rasa "takpee, dorang bagi pinjam punya" or "takpe dorang mesti maafkan punya" lepastu semudah-mudahnya guna hak orang/ahli keluarga sendiri. Ye sekarang mungkin diorang tak kisah, kat akhirat nanti la makannya. Mana ada orang fikir orang lain dah time tu, keluarga tak keluarga.
Samaa 😢 jadi selfish pk dosa pahala sendiri
Tak dpt dibayang akhirat nnti cmna. Sbb tgok cite mcm squid game apa semua tu. Msing2 selfish sbb nk slmtkn nyawa sndri